Thursday, April 21, 2011

Another Event To Get Closer To Our Armed Forces.


Thanks to Dzirhan's FB posting, come join the merriment in celebrating this naval festivities.


SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-2 PENGISYTIHARAN LUMUT BANDAR TENTERA LAUT DAN PAMERAN MARITIM PADA 22 HINGGA 24 APRIL 2011

1. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut pada 24 April 2011. Berlanjutan itu pelbagai aktiviti akan dilangsungkan di Lumut Bandar Tentera Laut mulai 22 hingga 24 April. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak pada 22 April 2011 bersamaan hari Jumaat, jam 3.30 petang.

2. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut adalah Pameran Maritim oleh unit-unit TLDM seperti Pasukan Khas Laut dari KD PANGLIMA HITAM, Unit Udara TLDM atau Markas Udara, Pusat Hidrografi Nasional, Persatuan Perahu Layar TLDM, KD DUYONG atau Pusat Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM dan beberapa unit dan persatuan lain dari TLDM. Selain daripada unit dari TLDM, antara agensi luar yang akan turut serta dalam Pameran Maritim ini ialah Akademi Laut Malaysia (ALAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut, Pasukan Gerak Malaysia (PGM) dan Malaysian International Shipping Corporation atau MISC.

3. Sepanjang tiga hari tersebut juga orang ramai akan berpeluang menyaksikan Pertunjukan Kawad Senyap dari unit Provos Tentera Laut (PROTELA) dari Pangkalan TLDM Lumut, Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Pencak Silat, Teakwando dan Judo daripada Persatuan SMD TLDM. Disebelah malam pula orang ramai akan disajikan dengan persembahan Konsert Mini oleh Badan Kesenian Dan Kebudayaan (BAKES) TLDM. Kesemua aktiviti ini akan dilangsungkan di kawasan Lumut Waterfront, Bandar Tentera Laut dan dibuka kepada seluruh orang ramai.

4. Aktiviti yang berlangsung sempena Ulang Tahun ke-2 Bandar Tentera Laut ini juga akan menambahkan lagi kemeriahan Sambutan Hari TLDM yang ke-77 yang bakal diraikan oleh seluruh Warga TLDM pada 27 April 2011 ini.

5. Pengisytiharan Lumut Bandar Tentera Laut sebelum ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Izzudin Shah Ghafarrullahu-Lah Sultan Yang Di-Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 24 April 2009 sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Yang ke-81.

AKTIVITI SAMBUTAN BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-2 PERISYTIHARAN LUMUT SEBAGAI BANDAR TENTERA LAUT

22 Apr 11 (Jumaat)

3.00 ptg - 4.30 ptg

Perasmian oleh YAB Menteri Besar Perak diikuti gimik dan persembahan kawad senyap TLDM, seterusnya lawatan MB ke pameran

Dataran Lumut

4.30 ptg - 10.00 mlm

Pameran Maritim

Dataran Lumut

8.30 mlm

Pertunjukan Kawad Senyap TLDM

Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm

Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM

Dataran Lumut

23 Apr 11 (Sabtu)

10.00 pg - 10.00 mlm

Pameran Maritim

Dataran Lumut

4.30 ptg -6.00 ptg

Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)

- Pencak Silat.

- Taekwondo.

- Judo.

- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM

Dataran Lumut

8.30 mlm - 9.00 mlm

Pertunjukan Kawad Senyap TLDM

Dataran Lumut

9.00 mlm - 12.00 mlm

Pertunjukan Konsert Badan Kesenian TLDM

Dataran Lumut

24 Apr 11 (Ahad)

10.00 pg - 4.00 ptg

Pameran Maritim

Dataran Lumut

11.00 pg - 12.30 tgh hari

hingga 4 ptg

Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD)

- Pencak Silat.

- Taekwondo.

- Judo.

- Pertunjukan Kawad Senyap TLDM

Dataran Lumut

1 comment:

mumuchi said...

I just wonder if somebody will say Lumut is under naval attack similar to the panic some people got into when they saw our tanks OTW to the dataran for the TDM celebrations..